|
Gaya tidur saya (:
Thursday, December 9, 2010 2:17 PM | 0 Note
Hyee hyee walkers and and bloggers . Jum usha gaya tidur saya . HAHA :)) .
kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Kamu juga seorang yang perahsia dan tidak suka berbicara. Kamu seolah-olah berada di dalam dunia kamu sahaja. Dari segi percintaan, walaupun kamu seolah-olah tidak tahu apa-apa, kamu sebenarnya seorang yang berjiwa lembut dan romantik. Memang silaplah siapa yang tuduh kamu tak pandai bercinta kerana kamu seorang pencinta yang setia. 3. Tidur membongkok. Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu terlalu merendah diri dan sering kurang berkeyakinan. Cuba yakinkan diri bahawa sebenarnya kamu mampu untuk melakukan perubahan. Sentiasalah ringankan mulut untuk bertanya jika ada perkara yang kamu tidak tahu. Sifat pemalu itu juga perlu dikurangkan. Sifat "sense of humor" kamu boleh dipuji cuma kamu kurang berkomunikasi dengan orang, membuat kamu dicop sebagai sombong. Sikap sabar yang ada dalam diri kamu dikekalkan. Dari segi percintaan, kamu sering teragak-agak dan berbelah-bagi untuk memberi cinta kepada pasangan. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu. Terima cinta pasangan kamu dan balaslah. NOTA : (ini hanyalah rekaan semata-mata. Hanya kamu yang boleh menilainya. Akan tetapi tidak salah untuk mencari sesuatu demi sebuah kepastian . ) |
Disclaimer Bonjour Guys! You was stuck in my blog. Do follow and do reading my entry. No Haters, Copycats and Anon here. Music To My Ears |