FOLLOW | DASHBOARD
//Random
Biar.

Tuesday, November 4, 2014 4:01 PM | 0 Note

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan.
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan.

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

ayahnda beta--
kekasih beta--


ps: puisi/lagu ini utk ayah aku. dan juga utk orang orang yang telah kehilangan ayahnya tetapi menganggap bonda itu seperti ayahandanya :)
credit: fynn jamal




Older Post

Entry Author


Disclaimer



HELLO WORLD!

Bonjour Guys! You was stuck in my blog. Do follow and do reading my entry. No Haters, Copycats and Anon here.
: Best View on Google Chrome
: © All Rights Reserved .

Music To My Ears

The Credits

Edited Skin by :Wanie Keen Background:photobucket
Pictures :Weheartit | photobucket


Angel Wing Heart